asWw...

weLcome to my bLog.... selamat Membaca ^^_

me

me
so sweet

Cari Blog Ini

Rabu, 09 Desember 2009

.. Sahabat, Allah Sayang Kamu Semua! .._

_Hari-hari saya kini amat bermakna.

Alhamdulillah, Allah telah aturkan hidup insan yang lemah ini untuk menemui individu-individu yang luar biasa. Jutawan, aktivis, pendidik, motivator, penasihat dan lain-lain. Mereka memberi kesan yang hebat dalam hidup dan jiwa saya. Sesungguhnya ramai orang di luar sana yang berhati mulia. Muslim atau bukan muslim. Mereka manusia yang banyak mengubah hidup saya daripada seorang yang mementingkan diri sendiri kepada seorang yang berbeza.

Entah bila saya akan mati dan saya tidak mahu mati saya adalah sia-sia. Biarlah saya meninggalkan dunia dengan meninggalkan suatu legasi yang dapat merobah dunia. Biarlah apa orang kata, ‘I don’t care’. Saya percaya saya boleh dan Allah akan sentiasa membantu saya. Mengapa saya perlu takut?

Pertemuan saya dengan seorang pendidik semalam amat-amat menusuk jiwa. Seorang pendidik yang peka dengan alamnya dan cakna dengan masyarakat sekelilingnya. Bayangkan, kesemua duitnya di-infaq-kan untuk mereka yang memerlukan; orang miskin, anak yatim dan seumpanya. Dan itulah kebahagian yang dicari olehnya!

Alhamdulillah, sempat saya memohon cikgu tersebut mendoakan saya supaya ditemukan Allah isteri yang solehah. Ya, saya sangat sibuk dengan kehidupan seharian sehingga saya tidak sempat nak bermain SMS dengan seorang wanita cantik yang belum sah menjadi teman hidup saya. Dan saya bahagia dengan pilihan itu!

_Kebanyakan krew iLuvislam.com adalah golongan muda; golongan yang masih banyak tenaga. Maka, sedarlah krew yang saya sayangi bahawa Allah amat sayang kamu semua. Saya tak mampu berikan kasih sayang yang adil sebagai seorang ketua, tetapi percayalah, Allah sentiasa menyayangi kamu semua!

Terus lakukan yang terbaik untuk ummah melalui medium yang kita berikan komitmen ini.

May Allah rewards you Jannatul Firdaus.

Together WE make history for OUR ummah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar